Ads Top

Main Ad

Tukar Angin, Issey Fazlisham Kini Penyampai Radio GEGAR FM

Setelah hampir sebulan merehatkan diri dari bertugas di konti radio, pelawak Issey, 34, mengumumkan bahawa dia kini telah sah menjadi penyampai radio stesen GEGAR selepas mengundur diri dari Suria FM sebelum ini.

Advertisement

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata dia telah membuat keputusan menyertai stesen terbabit bagi keluar dari zon keselesaannya dan berada dalam persekitaran baharu.

Sebenarnya penting untuk mencabar diri dan cuba kerja di persekitaran baharu pula. Saya mahu belajar lebih banyak perkara demi mengembangkan lagi kemahiran diri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by issey (@isseyfazlisham)

Tambahnya lagi, dia tidak menafikan stesen GEGAR juga berada dekat di hatinya memandangkan dia juga berasal dari pantai timur, justeru Issey berharap peminat akan terus menyokongnya di tempat baharu.

Advertisement

Issey Fazlisham penyampai radio GEGAR

Sebelum ini, beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama Suria FM yang berakhir pada 31 Julai kerana mempunyai perancangan masa depan lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Tukar Angin, Issey Fazlisham Kini Penyampai Radio GEGAR FM first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.