Ads Top

Main Ad

“Ya Allah Minatnya Awak Dan Isteri Pun Cantik..” Ibu Shuib Teruja Dapat ‘Video Call’ Dengan Remy Ishak

Pelawak dan juga usahawan, Shuib memberi kejutan istimewa buat ibunya, Salamiah Jalani apabila dia ada membuat panggilan video bersama pelakon Remy Ishak, semalam.

Advertisement

Kelihatan teruja dengan kejutan itu, Salamiah mengambil peluang untuk memberi nasihat kepada aktor pujaan Malaya itu.

Sempat berseloroh dengan mengatakan dia kecewa dan sedih dengan berita pernikahan Remy, Salamiah turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada pelakon filem Pulang itu.

Selamat pengantin baharu, diam-diam ya. Ya Allah minatnya awak dan orang rumah (isteri) pun cantik. Selepas ini boleh ke tengok awak lagi? Sedih sangatlah (ketawa) Jaga isteri baik-baik seperti yang mak cik selalu tonton dalam drama. Dalam luar drama pun lebih baik lagi. Seronok sangatlah nampak awak.

Remy dalam pada itu juga menjawab persoalan ibu shuib di mana dia tidak berniat untuk merahsiakan pernikahannya kerana risau jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Advertisement

“Diam-diam sahajalah mak cik, saya nak bising-bising pun takut ada benda yang tak baik.” jawab Remy.

Terdahulu, Remy telah selamat melangsungkan hari bahagia bersama wanita pilihan hati, Ezza Yusof,38, dalam sebuah majlis ringkas di Masjid Negara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Ya Allah Minatnya Awak Dan Isteri Pun Cantik..” Ibu Shuib Teruja Dapat ‘Video Call’ Dengan Remy Ishak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.