Ads Top

Main Ad

10 Tahun Yang Terbilang, Terbalik Dan Tergoyang, Nabil Zira Rai Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Tahun

Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad khabarnya ada meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 tahun bersama isteri tercinta, Zira Ayub di atas pelamin secara langsung menerusi program meleTOP, kelmarin.

Advertisement

Tampil segak keduanya menggayakan busana berwarna putih, Nabil meluahkan rasa syukur kerana rumah tangga yang dibina bersama Zira bertahan sehingga ke harini meskipun menghadapi banyak rintangan.

Dia dalam pada itu turut berkongsi foto persandingan mereka di program hiburan tersebut untuk tatapan peminat di luar sana.

Advertisement

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah, 10 tahun yang cemerlang, gemilang, terbilang tergoyang, terhuyung hayang terhanyut tersalah termaaf terbuat lagi terbuta tercelik terbaik!

 

Kau maha baik ya Allah! Ya robb kau maha terbaik amin. Dosa kami terima amalan kami lorong kami dekat dengan Mu ya Allah. Amin ya rob. To infinity and beyond!

Dalam majlis persandingan itu, pasangan ini turut diiringi dengan nyanyi romantis oleh Lah Ahmad serta dihoskan oleh Elly Mazlein.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan tahniah serta mendoakan agar perkahwinan mereka berdua kekal sehingga ke akhir hayat.

Sekadar info, Nabil dan Zira telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup merka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla,8, Layla Medyna,5, dan Mishall Imani yang kini berusia 2 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post 10 Tahun Yang Terbilang, Terbalik Dan Tergoyang, Nabil Zira Rai Ulangtahun Perkahwinan Ke-10 Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.