Ads Top

Main Ad

2 Minggu Tak Makan, Fizz Fairuz Dimasukkan Ke Hospital

Pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz khabarnya telah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gastrik yang dialaminya sejak dua minggu yang lalu.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada Fizz Fairuz iaitu pelakon Datin Almy Nadia menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, baru baru ini.

Dia juga memohon doa peminat di luar sana agar suaminya itu cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.

Sekali lagi dia dipaksa oleh isteri dia datang ke hospital untuk buat acara serah diri disebabkan angin gastrik. Doktor beritahu gastrik dia banyak sebab dah dekat dua minggu dia tak makan disebabkan asid dalam perut banyak.

Fizz juga dilaporkan telah diberi ubat dan perlu mengambil pemakanan yang sihat dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Advertisement

Almy juga memaklumkan bahawa berat badan Fizz turun dengan banyak akibat tidak mahu makan dan seterusnya jatuh sakit sehingga susut daripada 84 kilogram ke 78 kilogram.

Menjengah ke ruangan komen, peminat dan rakan artis tampil mengucapkan takziah dan mendoakan agar Fizz kembali sihat dan pulih seperti biasa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post 2 Minggu Tak Makan, Fizz Fairuz Dimasukkan Ke Hospital first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.