Ads Top

Main Ad

Ada Anak Kecil Di Rumah, Che Ta Enggan Berlakon Sekiranya Ada Pelakon Tak Vaksin

Pelakon jelita yang tidak dimamah usia, Rozita Che Wan berkata bahawa dia tidak akan berlakon dalam mana-mana produksi yang mengambil pelakon atau kru penggambaran yang tidak mengambil suntikan pelali COVID-19.

Rozita yang lebih mesra disapa sebagai Che Ta itu tetap dengan pendiriannya dan menganggap setiap pelakon perlu bertanggungjawab dan mematuhi peraturan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Tambahnya lagi, seseorang itu perlulah bertanggungjawab pada diri sendiri serta orang sekeliling dalam mengekang penularan wabak membunuh itu.

Jika ada yang masih degil, saya rasa orang macam tu tak bertanggungjawab. Kalau belum lengkap, kita minta maaflah, tak boleh ambil. Kami terpaksa ikut peraturan FINAS, tak mau hanya kerana dia seorang akan melibatkan orang lain. Kita kena adil, bertanggungjawab.

Ujarnya lagi, dia juga tidak bersetuju jika ada pihak produksi yang masih mengambil pelakon tidak divaksin dengan alasan kontrak masih ada kerana urusan pemakluman artis yang berlakon yang terlibat dalam sesebuah penggambaran akan dihantar ke FINAS.

Kalau FINAS tahu, memang lesen akan kena tarik. Macam saya, saya tak mahu ambil risiko, sebab saya ada anak kecil di rumah.

Kenyataan Che Ta itu diambil ketika sidang media virtual pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask, semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Ada Anak Kecil Di Rumah, Che Ta Enggan Berlakon Sekiranya Ada Pelakon Tak Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.