Ads Top

Main Ad

“Ada Ku Kisah!” Lantang Sebarkan Dakyah Anti Vaksin, IG Suhaimi Saad Disekat 30 Hari

Bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad memaklumkan bahawa akaun Instagram miliknya telah disekat pihak pembangun selama 30 hari.

Advertisement

Perkara tersebut difahamkan terjadi hasil daripada laporan pengguna media sosial yang tidak mahu sebaran dakyah-dakyah anti vaksin yang dilakukan Suhaimi itu disebarkan secara berterusan.

Suhaimi SaadSumber : Google  

Namun, ujar Suhaimi, dia sama sekali tidak kisah apabila akaun Instagramnya itu kini tidak dapat diakses selama 30 hari.

Disebabkan SS (Suhaimi Saad) selalu share pasal vaksin dan kantoikan kerajaan, ada orang Islam buat report. So IG pun sekar akaun SS 30 hari. Ada ku kesah!

Advertisement

Status itu dimuat naik suami kepada penyanyi Ina Naim itu di akaun Facebook miliknya untuk pengetahuan peminat.

FB Suhaimi Saad

Terdahulu, figura itu memang dikenali di media sosial sebagai seorang yang terkenal dalam memberi pendapat mengenai vaksin dan pernah menggelarkan penerima vaksin sebagai lembu.

Dia dan ahli keluarganya yang lain juga dilaporkan turut tidak mengambil sebarang ubat-ubatan serta tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Suhaimi Saad dan isteri, Ina Naim telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Ada Ku Kisah!” Lantang Sebarkan Dakyah Anti Vaksin, IG Suhaimi Saad Disekat 30 Hari first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.