Ads Top

Main Ad

Ada Kurang Senang Lihat Adam Corrie Bantu Saudara Baru, Ini Jawapan Tuan Badan..

Pelakon dan pendakwah Adam Corrie mengakui bahawa dia ada menerima kiriman mesej daripada mereka yang kurang senang apabila dia sering berkongsikan pengalaman membantu saudara-saudara baru memeluk agama Islam di Instagram.

Advertisement

Malah, individu tersebut turut mencabar Corrie meyakinkannya untuk memeluk agama Islam.

Namun, bagi pelakon yang popular melalui siri Gerak Khas itu, dia hanya berkongsi pengalaman dan ingin membantu mereka yang benar-benar ingin memeluk agama Islam.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Katanya lagi, dia tidak pernah membangga diri dan memaksa sesiapa pun untuk berhijrah kerana segala yang terjadi adalah dengan kerelaan hati mereka sendiri.

Advertisement

Tiada paksaan kepada sesiapa sahaja untuk kembali kepada fitrah. Semua terpulang kepada empunya diri. Hidayah itu milik Allah. Saya hanya boleh menceritkan keindahan Islam. Itu sahaja.

Jelas Corrie, jika terdapat sebarang paksaan untuk seseorang itu menukar agama yang dianutinya sebelum ini, ia adalah sebuah perkara yang tidak bermoral.

View this post on Instagram

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa tiada sebarang bayaran dikenakan kepada seseorang yang terdetik hati untuk memeluk agama tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memberi nasihat kepada Corrie untuk mengabaikan sahaja kata-kata negatif mereka yang tidak puas hati atas usahanya sebelum ini.

Sekadar info, Corrie telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 dan kemudian bernikah dengan isterinya kini setahun kemudian.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Ada Kurang Senang Lihat Adam Corrie Bantu Saudara Baru, Ini Jawapan Tuan Badan.. first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.