Ads Top

Main Ad

Ahmad Idham Letak Jawatan CEO FINAS, Dapat Kerja Di Kementerian Bertaraf Diplomat

Pengarah dan pelakon, Ahmad Idham dilaporkan selagi lagi meletakkan jawatan secara mengejut pada Khamis lalu sebagai Ketua Pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

BACA: (TAHNIAH) Tamat Pengajian Di Peringkat PhD, Ahmad Idham Kini Bergelar Doktor Falsafah

Dia yang sebelum ini hanya berkhidmat selama 15 bulan dimaklumkan oleh pengerusi FINAS iaitu Zakaria Abdul Hamid berkenaan perkara itu.

Ujar Zakaria, mereka telah bersetuju untuk melepaskan Ahmad Idham dan menyokong penuh perjalanan kariernya selepas ini.

Menerusi laporan sebuah media, Ahmad Idham,47, akan berkhidmat di sebuah kementerian bertaraf diplomat yang bakal membuka ruang yang lebih luas kepada industri kreatif negara untuk terus membangun.

Dalam bersedih (perletakkan jawatan Ahmad Idham), kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham. Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk dia mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang.

Difahamkan juga, tugas baharu Ahmad Idham masih menyentuh soal dunia seni kreatif dan budaya namun lebih mencabar kerana membawa aspek tersebut ke mata dunia.

Advertisement

Terdahulu, Ahmad Idham telah dilantik menjadi CEO FINAS pada 14 Mac 2019 namun dia meletakkan jawatan pada awal Disember 2019 namun kembali semula ke agensi tersebut selepas tiga bulan meletakkan jawatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Powered by Blogger.