Ads Top

Main Ad

Akan Bernikah Dengan Lelaki Muslim, Agnes Monica Bakal Jadi Mualaf?

Penyanyi yang namanya semakin dikenali di pentas antarabangsa, Agnes Monica khabarnya akan mengakhiri zaman bujang bersama lelaki pilihan, Adam Rosyadi.

Berikutan itu, peminat Agnes juga tertanya-tanya mengenai soal agama yang bakal dianutinya selepas ini usai sahaja bergelar isteri orang nanti.

View this post on Instagram

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo)

Jika di negara Indonesia, seseorang itu boleh berkahwin meskipun menganuti agama yang berlainan antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu,  muncul desas desus yang mengatakan Agnes akan memeluk agama Islam dan ada juga yang berkata bakal suaminya itu nanti akan mengikuti kepercayaan Agnes Monica yang beragama Kristian.

Isu tentang agama melibatkan penyanyi lagu Matahariku ini bukanlah pertama kali diperdebatkan oleh peminat artis ini di tanah seberang malah pernah juga tular beberapa keping foto yang memperlihatkan Agnes dalam keadaan berhijab.

View this post on Instagram

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo)

Namun begitu, Agnes tidak pernah melenting ataupun memberi maklum balas mengenai isu terbabit kerana merasakan peminat mempunyai hak untuk bercakap mengenai artis yang diminati mereka.

“Saya percayakan soal kebebasan bersuara. Tapi jangan menampakkan diri anda terlalu bodoh..” tegas Agnes.

Terdahulu, tular di media sosial Indonesia apabila Agnes dan Adam dilaporkan kini sedang hangat bercinta berikutan beberapa foto memaparkan aksi mesra keduanya tersebar di internet.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Akan Bernikah Dengan Lelaki Muslim, Agnes Monica Bakal Jadi Mualaf? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.