Ads Top

Main Ad

Akhirnya Budak Dipukul Bapa Dijaga JKM, Lufya Omar Luah Rasa Syukur

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak dipukul bapanya di khalayak ramai.

Advertisement

Tindakan tidak bertanggunjawab si bapa yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah itu ternyata telah mengundang amarah dalam kalangan warga maya.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Bukan sahaja netizen, malah selebriti seperti Lufya Omar turut memberikan respon mengenai perkara tersebut.

Terbaru, Lufya meluahkan rasa lega selepas mendapat perkhabaran bahawa kanak-kanak tersebut telah pun diselamatkan dan kini berada di bawah penjagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada seorang anak ini di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Dia dalam pada itu sempat menitipkan doa agar kanak-kanak tersebut sentiasa berada dalam peliharaan Allah S.W.T dan akan menjumpai penjaga yang baik kelak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut menyatakan simpati terhadap apa yang terjadi ke atas si kecil itu dan memuji tindakan pantas yang diambil pihak JKM.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Akhirnya Budak Dipukul Bapa Dijaga JKM, Lufya Omar Luah Rasa Syukur first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.