Ads Top

Main Ad

“Aku Punya Dah Tunjuk, Kau Punya Tak Ada!”- Shaheizy Sam Kesal Pengusaha Restoran Culas Isu Vaksin

Pelakon dan usahawan kini, Shaheizy Sam tampil berkongsikan pengalaman janggal ketika cuba untuk memasuki sebuah restoran makanan mamak, semalam.

Advertisement

Sam yang berkongsikan pengalaman itu di laman media sosial Instagram berkata bahawa dia telah ditahan oleh pekerja restoran tersebut untuk memeriksa status vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Namun, ketika bertanyakan kepada pekerja mengenai status vaksinasi mereka, Sam khabarnya telah menerima jawapan yang memeranjatkan dan tidak masuk akal.

Saya ada keluar sekejap tadi, saya lapar dan singgah kedai mamak. Masa nak masuk tu ada seorang ‘anney’ tu suruh tunjuk saya punya MySejahtera, nak tengok dah dua kali vaksin atau belum. Kita dengan steady keluarkan phone tunjuk MySejahtera, nampak fully vaccinated. Katanya saya boleh masuk.

Saya tak masuk! Saya tanya dia pula, sekarang saya nak tengok you punya MySejahtera, sudah dua kali vaksin atau belum? Tak ada! Phone dia kata bos pegang. Tak gentle! Kau nak tengok aku punya, aku dah tunjuk, aku nak tengok kau punya tak ada.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, Sam mula tertanya-tanya sama ada pekerja restoran tersebut telah divaksin ataupun tidak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut tampil berkongsi pengalaman sama seperti yang dialami oleh Sam itu.

Sekadar info, kerajaan telah membenarkan individu yang lengkap dua dos vaksin untuk makan di luar berkuatkuasa 20 Ogos yang lalu.

Pelanggan juga boleh meminta pengusaha restoran dan pekerja untuk menunjukkan status vaksinasi mereka dalam aplikasi MySejahtera mereka.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Aku Punya Dah Tunjuk, Kau Punya Tak Ada!”- Shaheizy Sam Kesal Pengusaha Restoran Culas Isu Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.