Ads Top

Main Ad

Akui Dah Rapat Sejak 7 Tahun Lalu, Alif Hadi Reda Tiada Jodoh Dengan Zizi Kirana

Pelakon dan pengacara Alif Hadi mendedahkan bahawa dia terkejut mengenai berita pernikahan antara penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusof Bahrin pada hari Ahad yang lalu.

Advertisement

Ujar Alif, dia sudah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Zizi sejak tujuh tahun yang lalu namun tidak dapat menghidu hubungan cinta yang terjalin antara mereka berdua.

Apabila dapat tahu berita perkahwinan dia memang rasa terkejut juga. Kali terakhir berhubung dengan dia lebih kurang dua bulan lepas. Tapi saya tidak tahu tentang dia akan berkahwin pada ketika itu. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan mesti dia juga sudah fikir masak-masak.

Tambah Alif, sepanjang perkenalannya dengan Zizi, dia akui berasa cemburu apabila ada artis dan golongan ternama meminta nombor telefon penyanyi lagu Eh! itu.

Namun begitu, Alif tidak berasa kecewa dan reda apabila menyedari tiada jodoh antara mereka dan memaklumkan mempunyai perancangan hidup sendiri dari segi kerjaya dan peribadi.

Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dari dulu lagi dan sebelum ini pun saya hanya kata tak akan menolak kalau ada jodoh antara kami. Tapi sekarang sudah tahu jodoh memang tidak ada sebab masing-masing pun sibuk.

Pelakon drama Adam Chempaka ini dalam pada itu berkata bahawa dia sentiasa menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih baik dan mendoakan mereka berdua kekal hingga ke syurga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Akui Dah Rapat Sejak 7 Tahun Lalu, Alif Hadi Reda Tiada Jodoh Dengan Zizi Kirana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.