Ads Top

Main Ad

Alami Alahan Pelik, Syatilla Melvin Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri

Pelakon Syatilla Melvin yang kini sedang mengandung anak ketiga bersama pelakon, Shaheizy Sam mendedahkan dirinya kali ini ketika hamil mengalami alahan yang pelik dari sebelum ini.

Advertisement

Menurut Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, selain dari mengalami alahan seperti mabuk, dirinya yang kini sedang hamil turut berasa loya apabila melihat rumahnya sendiri.

Saya tidak boleh tengok rumah sendiri. Ya Allah, rasa nak muntah bangun pagi tengok rumah sendiri.

Walhal sebelum ini aktres tersebut gemar sekali melakukan aktivit dekorasi untuk kediamannya dengan bantuan suaminya.

Barang-barang rumah yang saya hias semua tidak boleh pandang. Matilah macam ini. Takkan kena tidur hotel sampai beranak?

Syatilla Melvin

Terdahulu, Syatilla dan Sam berkongsikan tentang kehamilan anak ketiga mereka ini dan menurut pelakon yang juga merupakan usahawan itu, kehamilan kali ini merupakan kandungan keenamnya selepas mengalami keguguran sebanyak tiga kali sebelum ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Alami Alahan Pelik, Syatilla Melvin Nak Muntah Tengok Rumah Sendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.