Ads Top

Main Ad

“Allah Suka Hamba Ikhtiar Yang Baik..” – PU Amin Tunjuk Sijil Vaksin Empayar Uthmaniyah

Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Amin telah memuat naik sebuah hantaran foto di Instagramnya memaparkan sijil vaksin dan ia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.

Pada Ahad lalu, PU Amin memuat naik hantaran memaparkan sijil vaksin berusia 120 tahun yang dipercayai wujud pada zaman Turki Uthmaniyah dan menerusi hantaran itu, beliau berkata sijil-sijil itu dikeluarkan pada sekitar tahun 1900.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Di ruangan kapsyen, pendakwah ini berpendapat jika benar vaksin merupakan agenda dajjal ataupun membunuh manusia, mungkin manusia tidak akan hidup sekarang ini.

Advertisement

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar semua pihak bersederhana dalam menjatuhkan hukuman kerana vaksin juga merupakan salah satu ikhtiar.

Bersederhana dalam menghukum. Vaksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan Allah, tapi Allah suka hamba yang berusahan dan bertawakal dengan ikhtiar yang baik.

Komen IG PU Amin

Meninjau di ruangan komen, terdapat pelbagai tindak balas daripada warganet sehinggakan PU Amin terpaksa menenangkan selepas wujudnya pertikaian mengenai vaksin.

Jangan lupa ambil vaksin masing-masing!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Allah Suka Hamba Ikhtiar Yang Baik..” – PU Amin Tunjuk Sijil Vaksin Empayar Uthmaniyah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.