Ads Top

Main Ad

Almy Nadia Bimbang, Ibu Dan Tujuh Ahli Keluarga Positif COVID-19

Pelakon, Datin Almy Nadia memaklumkan bahawa lapan ahli keluarga termasuk ibunya di Balik Pulau, Pulang Pinang telah disahkan positif COVID-19.

Almy telah berkongsikan perkara tersebut di Instagramnya semalam dan di dalam hantaran itu, dia memohon maaf kepada ibunya kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana berjauhan.

Sebaliknya, isteri kepala pelakon Datuk Fizz Fairuz itu hanya mampu menitipkan doa buat ibunya dan lapan lagi ahli keluarganya yang dijangkiti wabak itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial)

Advertisement

Ketika dihubungi oleh pihak BH Online, Almy berkata ahli keluarganya yang positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat orang anak mereka. Turut dijangkiti adalah anak angkat Almy yang kini berusia 12 tahun tinggal bersama ibunya.

Almy Nadia dan keluarga

Bagaimanapun, bapa dan adik lelaki pelakon itu tidak dijangkiti virus ini berikutan keputusan ujian calitan yang dibuat mereka pagi semalam.

Emak agak teruk berbanding ahli keluarga lain. Emak mengalami batuk yang teruk dan merasa ketat pada bahagian dada.

Namun, Almy sedikit lega apabila mengetahui adik lelakinya negatif COVID-19 kerana dia dapat membantu menyediakan keperluan keluarga yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Semoga cepat sembuh buat keluarga Almy!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Almy Nadia Bimbang, Ibu Dan Tujuh Ahli Keluarga Positif COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.