Ads Top

Main Ad

“Anda Tahu Anda Sangat Istimewa..” Engku Emran Titip Ucapan Istimewa Buat Noor Nabila Sempena Hari Lahir

Kakak kepada personaliti terkenal Neelofa, Noor Nabila khabarnya telah menerima hadiah dan ucapan istimewa daripada suami kesayangan, Engku Emran sempena hari lahirnya yang ke-36, semalam.

Advertisement

Engku Emran dan Noor Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella turut berkongsikan momen-momen istimewa itu menerusi media sosialnya untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by In Safe Hands (@narmeukgne)

Bukan sahaja ucapan romantis, Engku Emran turut menghadiahkan Nabila dengan sejambak bunga lily yang dihias cantik untuk isteri tersayang.

“Semoga Allah terus melimpahi anda dengan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, iman dan takwa. Ameen Ya Rabb. Anda tahu anda sangat istimewa untuk saya dan saya cintakan awak.” tulis Engku Emran di bahagian kapsyen foto yang dimuat naik olehnya di Instagram.

Advertisement
IG Noor NabilaSumber : Instagram Noor Nabila  

Dalam pada itu, Nabila juga menerima kad ucapan hari jadi daripada anak kesayangan Jebat Jayden serta anak tirinya, Engku Aleesya.

Terdahulu, Noor Nabila dan Engku Emran telah sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz bertempat di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac yang lalu.

Kedua-dua pasangan ini mempunyai seorang anak hasil daripada perkahwinan yang terdahulu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Anda Tahu Anda Sangat Istimewa..” Engku Emran Titip Ucapan Istimewa Buat Noor Nabila Sempena Hari Lahir first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.