Ads Top

Main Ad

“Apa Salahnya?” – Dikritik Selalu Guna Filter, Siti Nurhaliza Beri Respon Tenang

Sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna media sosial menggunakan filter untuk memberi efek lebih menarik kepada video atau gambar yang diambil. Selain kesan edit, filter di media sosial turut memberikan kesan lucu yang menghiburkan.

Advertisement

Namun, lain pula yang terjadi kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti apabila dia dikritik gara-gara menggunakan filter.

@toktitiktokFeeling pulak lepas pakai tudung bawal @afiya.my ni ?? coming soon ????? original sound – Siti Nurhaliza

Dakwa individu itu, penyanyi kesayangan ramai itu lebih cantik dengan muka semulajadi tanpa sebarang efek solekan yang melampau.

@chokyumin_94Dengarkan guysss @toktitiktok #sitinurhaliza #CTDK #datositinurhaliza #bukanmain #viral #beranda #berandafy #masukberanda #masukberandafypp #bantu10k? original sound – ?

Advertisement

Siti Nurhaliza walau bagaimanapun menjawab, menggunakan filter dapat memberikan kegembiraan buat dirinya.

Menurut Siti lagi, sekali sekala dia sendiri memerlukan sesuatu yang positif untuk menaikkan mood happy. Apa salahnya kan?

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai turut mempertahankan Siti Nurhaliza dengan berkata efek yang disediakan sememangnya membuat mereka terhibur.

Sebagai pengguna, tiada salahnya jika orang ramai mahu menggunakannya asalkan tidak melampaui batas.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Apa Salahnya?” – Dikritik Selalu Guna Filter, Siti Nurhaliza Beri Respon Tenang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.