Ads Top

Main Ad

Asyik Muat Naik Foto ‘Acah-Acah’ Kahwin, Peminat Sangka Uqasha Dah Selamat Bernikah

Rasanya semua orang sedia maklum bahawa pelakon Uqasha Senrose akan mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki pilihan, pelakon Kamal Adli tidak lama sahaja lagi.

Advertisement

Walau bagaimanapun, masih belum ada tarikh rasmi diumumkan pasangan ini berkenaan tarikh pernikahan mereka yang khabarnya akan berlangsung di sebuah lokasi percutian tanah tinggi terkenal negara.

Meskipun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian adalah Uqasha baru sahaja menjadi wajah kempen koleksi busana perkahwinan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Tampil cantik berwajah polos, ramai berpendapat Uqasha memang sudah sebati dengan wajah seri pengantin.

Tidak dinafikan, Uqasha kelihatan semakin berseri semenjak memaklumkan bahawa dia akan menjadi isteri orang kelak.

Namun, ada juga yang tertanya-tanya sama ada Uqasha sudah pun bernikah kerana sering saja memuat naik foto ‘acah-acah’ kahwin di media sosial sejak akhir-akhir ini.

“Kelirulah dengan Uqasha, sudah nak kahwin betul-betul atau berlakon saja? Nanti hilang seri pengantin kalau asyik acah-acah nak kahwin.” tegur peminat di salah sebuah foto yang dimuat naik pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini.

Apa-apapun, didoakan agar urusan Uqasha dan Kamal Adli sentiasa dipermudahkan menjelang saat bergelar suami isteri ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Asyik Muat Naik Foto ‘Acah-Acah’ Kahwin, Peminat Sangka Uqasha Dah Selamat Bernikah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.