Ads Top

Main Ad

“Awak Ingat Rumah Tu Gelanggang Wrestling Ke?” Ara Johari Risau Jiran Atas Rumah Pukul Anak

Penyanyi kecil molek, Ara Johari meluahkan rasa prihatin mengenangkan jiran tingkat atas kediamannya yang didakwa Ara sering memukul dan mengherdik anak-anak mereka.

Advertisement

Malah, Ara juga sempat merakam audio pelakuan ganas individu itu yang seakan sedang memarahi dan memukul anaknya.

View this post on Instagram

A post shared by Ara Johari (@arajohari)

Perkara tersebut dikongsikan Ara menerusi beberapa hantaran Instagram Story miliknya untuk tatapan peminat.

Hi jiran atas, saya tak kisah awak nak pukul anak or marah anak. Tapi teruk sangat tu awak belasah anak tu. Awak ingat rumah awak tu gelanggang wrestling ke?

Advertisement

Ujar penyanyi lagu Bunga ini lagi, sebelum ini jirannya itu pernah membaling sampah plastik sehingga memasuki rumahnya yang berada di bahagian bawah.

IG ARA JohariSumber : Instagram Ara Johari  
IG ARA JohariSumber : Instagram Ara Johari  

Dia walau bagaimanapun menafikan ingin menjadi penyibuk tentang masalah rumah tangga orang lain namun hanya prihatin terhadap keselamatan anak mereka.

“Kita tak tahu dia pukul atau dera anak dia, apa yang Ara tahu dia cakap anak dia memang nakal. Tapi itu bukan cara nak ajar anak, itu je Ara boleh cakap. Siapa yang ada anak itu janganlah pukul anak.” tambah Ara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Awak Ingat Rumah Tu Gelanggang Wrestling Ke?” Ara Johari Risau Jiran Atas Rumah Pukul Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.