Ads Top

Main Ad

Badan Langsing Meskipun Dah 33 Minggu, Maryam You Narae Dipuji Peminat Pandai Jaga Badan

Personaliti media sosial terkenal yang berasal dari negara Korea Selatan, Maryam You Narae sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia ada memuat naik perkembangan terkini dirinya yang sedang sarat hamil.

Seri ibu mengandung, Maryam memuat naik video memaparkan saiz ‘baby bump’ yang dilihat semakin membesar di Instagram.

Jelasnya, kandungannya itu kini sudahpun memasuki 33 minggu.

Malah, dia turut memberi bayangan nama yang bakal diberikan kepada anak perempuan sulungnya itu.

Advertisement

32 minggu, 2 hari. Rizal+ Narae = Rina.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut teruja menantikan si kecil kacukan Korea dan Malaysia itu.

Kata peminat, Maryam juga kelihatan cantik dan langsing meskipun usia kandungan sudah sarat dan hanya menantikan waktu untuk bersalin.

Ada juga ibu-ibu yang berkongsikan keadaan mereka ketika sedang hamil suatu ketika dahulu.

Sekadar info, Maryam dan suami, Ryzal Ibrahim mula dikenali ramai menerusi saluran Youtube bernama DurianKimchi.

Jun lalu, pasangan suami isteri ini mengumumkan bahawa mereka akan menimang cahaya mata sulung selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Badan Langsing Meskipun Dah 33 Minggu, Maryam You Narae Dipuji Peminat Pandai Jaga Badan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.