Ads Top

Main Ad

Bakal Nikah Disember, DS Vida Belum Berani Nak Beritahu Cik B

Bukan cerita publisiti atau teknik pemasaran, usahawan kosmetik dan juga jutawan, Datuk Seri Vida memaklumkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan kerana merasakan sudah sampai jodohnya untuk mendirikan rumah tangga.

DS Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, tampil memberi kenyataan itu selepas tular khabar angin yang mengatakan bahawa dia akan menamatkan zaman janda bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli pada Disember nanti.

Turut mengimpikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, DS Vida berharap Pelan Pemulihan Negara (PPN) COVID-19 akan dilonggarkan sikit untuk melunaskan hasratnya itu.

Benar dan saya mahukan majlis ‘Wedding Of The Year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan selalu kita buat. Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi SOP. Tarikhnya akan saya beritahu nanti.

Ujarnya lagi, dia masih belum mempunyai keberanian untuk duduk berbincang dengan kedua-dua anaknya terutamanya dengan Cik B mengenai perancangan majlis perkahwinannya itu kelak.

Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya untuk berkahwin. Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya. Cik B perlukan masa untuk hadapi semua ini.

Terdahulu, menerusi sebuah sesi Instagram Live, DS Vida mencuri perhatian peminat apabila tampil berkongsi akan jangkaan tarikh perkahwinannya dan turut disahut oleh Iqbal yang memberi bayangan ia akan diadakan pada Disember nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bakal Nikah Disember, DS Vida Belum Berani Nak Beritahu Cik B first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.