Ads Top

Main Ad

Baru ‘Feeling’ Nak Kahwin Anak Raja, Fizo Omar Panik Bila Mama Jatuh Buai

Seperti kebanyakan selebriti yang lain, pelakon Fizo Omar sering berkongsi aktiviti harian dengan para pengikut di Instagram. Selain perkembangan kerjaya, Fizo gemar memuat naik ragam lucu ahli keluarga terutama anak tunggalnya, Wan Maryam.

Advertisement

Terbaru, pelakon berasal dari Kelantan ini bikin netizen terhibur apabila mengusik ibunya yang sedang menikmati buaian di tepi pantai. Dalam video pendek tersebut, Fizo pada awalnya dilihat menghayun buai yang dinaiki ibu dengan lembut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Namun, secara tiba-tiba ibunya hilang imbangan dan jatuh. Nasib baiklah Fizo berjaya menyambut badan ibu daripada menghempap tanah.

Dalam keadaan panik itu, Fizo dan adik beradik yang lain sempat mentertawakan aksi comel ibunya. Mana tidaknya, baru berangan nak kahwin dengan anak raja dah jatuh tersungkur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada pengikut terhibur melihat kemesraan yang ditunjukkan Fizo sekeluarga. Malah, mereka memuji sikap manja Fizo dalam melayani ibu tercinta.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Baru ‘Feeling’ Nak Kahwin Anak Raja, Fizo Omar Panik Bila Mama Jatuh Buai first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.