Ads Top

Main Ad

Baru Sembuh Dari Penyakit, Awie Ambil Keputusan Potong Rambut Sehingga Pendek

Penyanyi rock lagenda, Datuk Awie tampil berwajah baru apabila dia kini berambut pendek tidak seperti gaya kebiasaannya sebelum ini.

Advertisement

Ujar Awie, dia mengambil keputusan untuk berambut pendek kerana kecewa dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda pandemik COVID-19.

Dalam pada itu, penyanyi kumpulan rock Wings ini memaklumkan bahawa dia baru sahaja sembuh dari penyakit dan turut menjalani pembedahan sehingga menyebabkan dia terlantar lama di hospital dan kediamannya.

Oleh disebabkan itu juga, Awie memaklumkan bahawa rambut di kepala semakin gugur dan merasakan sedikit sebanyak zaman kegemilangannya kini berakhir.

Advertisement

Saya dah rasa macam tak bermakna semua ini. Kerja tak ada, lepas itu sakit pula. Rambut saya hari-hari banyak yang gugur. Kalau dulu rambut saya itu mahkota untuk saya bekerja dan saya rasa bangga berambut panjang, tetapi dalam situasi sekarang termasuk saya kerap sakit dan tidak bekerja pula, saya rasa seperti kecewa dengan keadaan diri dan dunia yang dilanda sakit.

Penyanyi lagu Iris ini juga berharap dengan ‘hilangnya’ rambut panjang yang dimilikinya dulu, Awie berharap agar sakit-sakit yang ada dalam dirinya turut pergi bersama rambut-rambut itu serta berdoa agar tumbuh kembali bersama-sama rezeki dan kesihatan yang baik.

Terdahulu, media hiburan tempatan ada melaporkan bahawa penyanyi rock itu pernah diuji dengan sakit misteri serta turut mendapatkan nasihat dan berubat dengan beberapa pengamal perubatan Islam.

Meskipun begitu, Awie enggan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai penyakit misterinya itu kepada peminat dan juga media.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Baru Sembuh Dari Penyakit, Awie Ambil Keputusan Potong Rambut Sehingga Pendek first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.