Ads Top

Main Ad

Berat Badan Naik Hanya 8kg, Ayda Jebat Hitung Hari Bergelar Ibu

Pelakon dan juga penyanyi, Ayda Jebat khabarnya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bergelar ibu.

Advertisement

Ujar Ayda, sepanjang kehamilan, berat badannya hanya naik sebanyak 8 kilogram.

Dia dalam pada itu turut memuat naik foto serta perkembangan terkininya di Instagram untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Advertisement

Beberapa hari sahaja lagi! Dari 46kg ke 54kg. Ibu-ibu yang lain bagaimana?

Ayda yang sarat dengan ‘baby bump’ itu kelihatan ceria dan tidak sabar untuk melahirkan nampaknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang bergelar ibu turut berkongsikan pengalaman serta peningkatan berat badan masing-masing ketika hamil dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Ada juga yang tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan Ayda Jebat dipermudahkan kelak.

Difahamkan Ayda dijadualkan melahirkan anak sulungnya itu pada penghujung September ini.

Apa-apapun semoga urusan Ayda Jebat dipermudahkan!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Berat Badan Naik Hanya 8kg, Ayda Jebat Hitung Hari Bergelar Ibu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.