Ads Top

Main Ad

Berderau Darah Jumpa Lelaki Mirip Arwah Abang, Datin Alyah Luah Rasa Rindu

Penyanyi Datin Alyah baru-baru ini meluahkan rasa sebak dan keterujaan apabila dia dikatakan terserempak dengan seorang lelaki yang hampir sama raut wajah dengan Allahyarham abangnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan.

Advertisement

Ujar Alyah, rindu kepada arwah abangnya itu sedikit terubat apabila secara kebetulan terjumpa dengan individu tersebut yang difahamkan bekerja di sebuah hotel di Melaka.

Menganggap pertemuan itu satu rezeki daripada Allah S.W.T, Alyah mengakui dirinya terkejut apabila melihat wajah lelaki itu yang didakwanya 85 peratus hampir sama dengan Allahyarham.

Advertisement

Semalam saya ada meeting di sebuah hotel terletak di Melaka. Ketika sampai di hotel, saya disambut oleh seorang kakitangan hotel yang mana gayanya tak tumpah seperti abang saya. Ketika itu saya tidaklah berkata apa-apa sebab semua orang memakai pelitup muka. Saya cuma lihat dari ketinggian dan gayanya sahaja.

 

Tapi sehinggalah saya ternampak wajahnya ketika dia cuba membetulkan pelitup muka. Masa itu darah saya terus berderau. 85 peratus wajahnya hampir sama dengan abang saya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Jutaan Purnama ini ada memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia dan lelaki tersebut bergambar bersama-sama.

Alyah menerusi kapsyen foto tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana telah mengubati kerinduannya terhadap abang tersayang.

“Ini rezeki saya Allah beri sebab dia tahu saya sangat rindu abang, terubat juga rindu saya.” katanya ketika dihubungi sebuah media, semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Berderau Darah Jumpa Lelaki Mirip Arwah Abang, Datin Alyah Luah Rasa Rindu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.