Ads Top

Main Ad

Beri Kejutan Buat Suami, Penampilan Baru Anzalna Nasir Dipuji

Pelakon popular, Anzalna Nasir mencuri tumpuan pengguna Instagram apabila memuat naik video memberi kejutan sempena ulang tahun kelahiran suami, Muhamad Hanif Mohamad Zaki.

Advertisement

Video pendek tersebut memaparkan Anzalna berdiri di hadapan suami yang ditutup bahagian mata menggunakan sehelai kain. Pelakon tersebut dilihat mengenakan tudung berwarna putih, blazer dan skirt panjang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Semoga terus istiqomah. Happy birthday my love @hanif_zaki.

Apa yang menarik perhatian adalah reaksi terkejut suami sebaik membuka mata dan melihat Anzalna dalam keadaan bertudung. Malah, hantaran tersebut turut disertakan kapsyen seakan memberi petanda pelakon ini sudah berhijab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Advertisement

Di ruangan komen, rakan artis dan para peminat meninggalkan respon positif mendoakan semoga pelakon ini istiqamah dalam penghijrahan yang dibuat. Mereka memuji hadiah ‘terbaik’ yang diberikan Anzalna buat suaminya yang tersayang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Beri Kejutan Buat Suami, Penampilan Baru Anzalna Nasir Dipuji first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.