Ads Top

Main Ad

Berkorban Tempat Tidur, Elly Mazlein Terharu Sikap Anak Dan Suami

Kini menanti kelahiran anak kedua, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein meluahkan rasa terharu apabila mengenangkan pengorbanan suami dan juga anak pertama yang sangat mengambil berat akan dirinya.

Dia yang kini sedang sarat hamil menceritakan momen-momen indah tersebut di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Okay mata macam ada keluar air sikit sebabnya ada dua benda. Yang pertama, manja siapkan tempat tidur papa. Beria dia kemas ikut cara dia lah..memang nampak manja ni jenis sangat mengambil berat, sayang sangat dekat papa dia..Alhamdullilah. Yang kedua, suami berkorban tidur dekat bawah sebab nak bagi mama dan manja selesa tidur. Makin perut membesar ni, mama suka tempat yang luas.

Pelakon drama Kampung People ini juga sempat mengucapkan terima kasih kepada suami dan anak pertamanya itu dan turut menitipkan rasa sayang yang tidak terhingga.

Advertisement

Perkembangan terkini, Elly sedang hamil sekitar enam hingga tujuh bulan hasil perkongsian hidup bersama suaminya kini, Azlan yang merupakan seorang guru pada tanggal 18 Januari 2020 yang lalu.

Sekadar info, Elly juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama pengarah Azmi Hatta iaitu Putri Sara Sefhia Azmi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Berkorban Tempat Tidur, Elly Mazlein Terharu Sikap Anak Dan Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.