Ads Top

Main Ad

Bertanyakan Mengenai Iqbal, Cik B Ditegur Netizen Supaya Jaga Adab Dengan Ibu

Keletah dua beranak iaitu Cik B dan ibunya, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sering menjadi perhatian netizen berikutan gaya bersahaja antara mereka berdua.

Advertisement

Baru-baru ini, Cik B ada muncul dalam sesi siaran langsung ibunya itu menerusi aplikasi media sosial Instagram.

Namun dalam gelak ketawa dan keterujaan melihatkan aksi dua beranak itu, terpalit juga rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila mereka mendakwa Cik B seolah-olah tidak beradab apabila dia tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan cinta kepada DS Vida.

“Mama, apakah status hubungan dengan si dia? Adakah masih bercinta? soal Cik B kepada Vida.

Hanya menjawab ‘Ya’ tanpa penjelasan lanjut, ramai pula yang tampil memberi nasihat agar Cik B lebih menjaga air muka dan beradab ketika bertanyakan soalan sensitif seperti itu.

“Kasih pula tengok Vida, Jangan tanya dalam siaran langsung. Netizen ramai batu api..” tulis seorang pengguna media sosial.

Advertisement

“Cik B, mama tetap mama, jaga adab..” sahut seorang lagi di ruangan komen.

Mungkin cara mereka berdua bergurau bagi keduanya adalah normal namun tidak bagi orang lain. Apa-apapun hanya ibu mengenali personaliti anak kesayangan mereka kan?

Dalam pada itu, kisah anak beranak ini nampaknya masih lagi hangat diperkatakan berikutan macam-macam cerita yang lain pula timbul setelah pendedahan DS Vida untuk mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya tempoh hari.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bertanyakan Mengenai Iqbal, Cik B Ditegur Netizen Supaya Jaga Adab Dengan Ibu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.