Ads Top

Main Ad

Betty Rahmad Anjurkan Bacaan Yassin, Eina Azman Ucap Terima Kasih

Berikutan keadaan terkini Eina Azman dan juga suami, Datuk Gurmeet Abdullah yang telah dijangkiti COVID-19, rakan artis Betty Rahmad dilaporkan telah menganjurkan majlis bacaan Yassin secara dalam talian buat pasangan ini.

Advertisement

Betty memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya di mana dia memohon agar warga maya untuk turut serta dalam majlis yang dianjurkan menerusi Facebook Kumpulan Kelas Mengaji Online.

IG Eina AzmanSumber : Instagram Eina Azman  

Pelakon itu juga turut menulis agar memanjatkan doa untuk Datin Paduka Eina Azman, suami serta pembantu rumahnya yang sedang sakit agar diberi kesembuhan yang segera dan kekuatan untuk menghadapi wabak membunuh itu.

Manakala Eina yang turut maklum mengenai penganjuran majlis bacaan Yassin itu tampil mengucapkan terima kasih kepada Betty kerana mengambil inisiatif dan mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Advertisement

Terdahulu, Eina memaklumkan bahawa suaminya kini terpaksa menggunakan bantuan pernafasan gara-gara dijangkiti COVID-19.

Manakala kedua anak kembar mereka, Arianna Aubrey dan Karl Kareef dilaporkan negatif wabak tersebut.

Pasangan bahagia itu juga sempat meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka meskipun diuji penyakit COVID-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Betty Rahmad Anjurkan Bacaan Yassin, Eina Azman Ucap Terima Kasih first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.