Ads Top

Main Ad

“Bukan Mimi Yang Bernikah, Takkan Dia Bernikah Kami Tak Bagitahu” – Pengurus Mimi Lana

Selepas pelakon Mimi Lana memuat naik sebuah hantaran gambar di Instagram baru-baru ini di atas pelamin dengan tangan dihiasi inai, timbul tanda tanya dari peminat sama ada pelakon itu bakal menamatkan zaman bujangnya.

Ruangan komen di hantaran tersebut turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti seperti Datin Umi Aida, Nad Zainal serta pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Namun, pengurus Mimi iaitu Iman Tang dengan segera menafikan spekulasi yang kononnya aktres jelita itu bakal bernikah pada hujung minggu ini dan berkata itu merupakan pelamin pernikahan sepupunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Advertisement

Bukan Mimilah. Kalau Mimi yang bernikah sudah tentu kami beritahu kepada semua. Takkan lah kalau Mimi bernikah kami tak bagitahu.

Dalam pada itu, pihak Gempak sempat juga menghubungi pengurus Syafiq Kyle iaitu Shawn Amir dan turut memberikan jawapan yang sama.

Mimi Lana Dan Syafiq Kyle

Sementara itu, tuan empunya badan sendiri turut membuat permohonan maaf di dalam Instagram Story selepas menyedari foto berkenaan telah membuat ramai pihak keliru.

Sekadar info, Mimi dan pasangannya, Syafiq kembali bercinta apabila mereka memuat naik foto bersama di laman media sosial masing-masing April lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Bukan Mimi Yang Bernikah, Takkan Dia Bernikah Kami Tak Bagitahu” – Pengurus Mimi Lana first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.