Ads Top

Main Ad

“Bukan Warna Kulit” – Ditegur Seksi Menari TikTok, Ruhainies Mohon Maaf

Pelakon, Ruhainies menerima kecaman selepas tular video menari bersama seorang penghantar barang. Dalam video tersebut, Ruhainies dikatakan seolah-olah tidak memakai seluar ekoran warna seluar yang kelihatan seperti warna kulit.

Menerusi laporan mStar Online, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memberi penjelasan hasil suntingan video membuatkan ia kelihatan seksi.

ruhainies

Pelakon ini walau bagaimanapun memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang melihat video tersebut. Dia juga akan lebih peka dalam pemilihan pakaian pada masa akan datang.

Sebenarnya warna seluar saya tu merah jambu… bukanlah warna kulit. Mungkin disebabkan suntingan video itu terang sehingga menampakkan warna seluar berbeza.

Advertisement

Adik kepada Risteena Munim ini sama sekali tidak marah malah menerima teguran orang ramai dengan baik. Dia sentiasa terbuka apabila dinasihati namun berharap orang ramai tidak menggunakan bahasa yang kesat atau kasar.

ruhainies

Terdahulu, sikap sporting seorang penghantar barang menari bersama pelakon ini menjadi perhatian warganet. Difahamkan, rider berkenaan kebetulan sampai ketika Ruhainies sedang bersiap untuk mempromosikan sebuah produk.

Namun, warna seluar yang dilihat seakan warna kulit ditambah baju singkat paras bontot membuatkan netizen kurang selesa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Bukan Warna Kulit” – Ditegur Seksi Menari TikTok, Ruhainies Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.