Ads Top

Main Ad

“Bulan 12..” – Datuk Seri Vida Cetus Tanda Tanya, Bakal Nikah Bulan Disember?

Sesi siaran langsung di Instagram Live (IG) yang dibuat oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida malam semalam telah mengundang perhatian warganet apabila beliau berkongsi tarikh perkahwinan bersama bekas pembantu peribadi, Iqbal.

Meskipun tidak memberitahu tarikh spesifik, usahawan dan juga penyanyi lagu I Am Me itu mencetus tanda tanya mengenai kesahihan tarikh perkahwinan tersebut.

Malah, lagi membuatkan netizen tertanya-tanya apabila Iqbal atau nama sebenarnya, Ahmad Iqbal Zulkefli meninggalkan komen ringkas iaitu ‘Bulan 12’ di sesi siaran langsung itu.

Advertisement

Namun, tiada ulasan lanjut dari Datuk Vida berkenaan hal tersebut, cuma dia hanya mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai buat dia dan pasangannya.

Datuk Vida IG Live

Banyak yang hubungi ucap tahniah in advance, terima kasih sangat.

Sehingga kini, video siaran langsung yang dimuat naik semula oleh usahawan itu telah meraih tontonan hampir 100,00 di Instagram.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Bulan 12..” – Datuk Seri Vida Cetus Tanda Tanya, Bakal Nikah Bulan Disember? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.