Ads Top

Main Ad

Caprice Selamat Pulang, Naik Van Polis Dibawa ke Hotel

Selepas dua bulan berada di Mesir untuk misi bantuan kemanusiaan, penyanyi rap terkenal, Caprice telah selamat tiba di tanah air malam semalam. Sebaik tiba, Caprice difahamkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 termasuk kuarantin selama 10 hari.

Detik kepulangannya itu turut diabadikan menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana dia dilihat menaiki van Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan proses nyahkuman mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut penyanyi lagu Xde Hal Bro itu lagi, menaiki van polis merupakan pengalaman pertamanya dalam hidup.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Advertisement

Dalam hantaran itu, Caprice berterima kasih kepada pihak polis yang memastikan keselamatannya dengan baik daripada pintu lapangan terbang sehingga ke hotel. Dia turut berterima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantunya memudahkan urusan.

First time naik van polis. Thank you kepada pihak-pihak yang bantu Caprice tadi.

Dalam masa yang sama, dia meluahkan rasa keterujaan dan seronok akhirnya dapat pulang ke tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, Caprice yang merupakan seorang aktivis kemanusiaan terbang ke Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza. Selepas itu, dia meneruskan pengembaraan secara solo ke Jordan di atas beberapa isu yang tidak dapat dijelaskan secara terperinci.

Dia dijangka pulang ke Malaysia pada 4 Julai namun terpaksa menangguhkan hasrat itu di atas faktor keselamatan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

 

The post Caprice Selamat Pulang, Naik Van Polis Dibawa ke Hotel first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.