Ads Top

Main Ad

“Comel Je..” Layankan Isteri, Wan Emir Ikut Mira Filzah Menari TikTok

Pasangan romantis, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar mencuri perhatian netizen apabila keduanya tampil menari dalam aplikasi TikTok yang dimuat pelakon itu di Instagram miliknya.

Advertisement

Ia menjadi perhatian apabila Wan Emir kelihatan selamba dan berusaha untuk menari bersama isterinya dalam video tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Meskipun hanya untuk seketika, lumrah sebagai selebriti pastinya akan memperoleh reaksi yang pelbagai daripada peminat.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang memuji aksi Wan Emir yang hanya ‘melayan’ isteri kesayangannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Bagi suami dia layankan isteri, bini pula comel..” tulis seorang peminat.

“Nampak mata suami dia ikut gerak kaki si isteri, comel.” komen peminat yang lain.

Difahamkan, video tersebut dirakam pada hari ulang tahun pertama perkahwinan pasangan suami isteri ini pada beberapa hari yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Comel Je..” Layankan Isteri, Wan Emir Ikut Mira Filzah Menari TikTok first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.