“Cucuk Dada Boleh Pulak..” Dato’ Hattan Tak Faham Sikap Artis Anti-Vaksin
Penyanyi lagenda, Dato’ Hattan ada meluahkan rasa hairan dengan sikap artis yang menolak pengambilan vaksin COVID-19 di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Kata Hattan, dia bingung dengan tanggapan selebriti mengenai vaksin COVID-19 sehingga ada yang menjadi golongan anti-vaksin.
View this post on Instagram
Tulis Hattan lagi di hantaran tersebut, dia hairan mengapa mereka begitu berkeras menolak suntikan pelali itu namun demi kecantikan, sanggup pula disuntik dengan pelbagai bahan kimia di tubuh.
Tak faham sesetengah artis anti vaksin ni, cucuk hidung cucuk dagu..cucuk dada boleh pulak..entahlah..
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil menzahirkan perasaan yang sama namun ada juga yang meminta Dato’ Hattan untuk menjaga ‘kain’ sendiri dan tidak menyibuk hal orang lain.

Terdahulu, terdapat beberapa selebriti serta penerbit drama menyuarakan kebimbangan mereka terhadap segelintir artis dan selebriti yang menolak suntikan vaksin COVID-19.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Cucuk Dada Boleh Pulak..” Dato’ Hattan Tak Faham Sikap Artis Anti-Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.