Ads Top

Main Ad

“Dah Terbiasa..” Bercakap Dalam ‘Slang’ Mat Saleh, Caprice Dikritik Peminat

Siapa tak kenal Caprice, penyanyi rap yang tidak henti-henti mencuri perhatian pengguna media sosial dengan video-video nasihat serta kontroversi yang melibatkan dirinya dengan beberapa selebriti terkenal tanah air.

Sebelum ini, Caprice memang terkenal dengan gaya percakapan atau ‘slang’ bahasa Inggeris ketika berinteraksi dengan peminat di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Baru-baru ini, ada peminat yang prihatin tampil bertanyakan penyanyi rap itu mengenai cara sebutan dan percakapannya dalam bahasa ibunda yakni Bahasa Malaysia lebih kedengaran seperti gaya ‘mat saleh’.

Kata Caprice, dia dari kecil sudah terbiasa bertutur dengan cara sebutan berkenaan sejak daripada kecil lagi.

Advertisement

Tak habis-habis orang tanya pasal slang..ya keluar je dari perut mak terus saya sebut ‘shushu’ bukan..oooo susu! Itulah slang saya. Saya cuba yang terbaik! Kalau siapa-siapa pernah kenal awal-awal balik Malaysia (dulu) lagi teruk!

Jika anda tidak tahu, Caprice dahulunya telah dibesarkan di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah kerana mengikuti bapanya yang bertugas sebagai pegawai diplomat.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Perkembangan terkini, Caprice memaklumkan bahawa dia bakal muncul dengan lagu berjudul Tiger Of Al Quds yang diciptanya bagi tujuan untuk menaikkan semangat anak muda Palestin yang sedang berjuang menentang rejim zionis.

MV lagu Tiger Of Al Quds bakal menemui penonton menerusi laman YouTube pada 10 Oktober nanti.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Dah Terbiasa..” Bercakap Dalam ‘Slang’ Mat Saleh, Caprice Dikritik Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.