Ads Top

Main Ad

Dapat Hadiah Kacip Berkarat Berbalut Kain Kuning, Siti Nordiana Kongsi Pengalaman Misteri

Sebagai seorang selebriti terkenal, pastinya tidak lepas daripada menjadi tumpuan dan perhatian peminat yang sentiasa menantikan perkembangan terkini artis pujaan mereka.

Tidak kurang juga buat penyanyi Siti Nordiana, dia mengakui sering menerima hadiah daripada peminat sebagai tanda sokongan.

Namun begitu, Siti Nordiana turut juga mendapat hadiah-hadiah yang dianggap misteri contohnya seperti kacip lama yang telah berkarat serta dibalut dengan kain kuning.

Sepanjang bergelar penyanyi, saya banyak menerima hadiah yang pelik-pelik daripada.. mungkin bukan peminat kot? Pernah suatu ketika, sekitar tiga tahun lalu saya mengadakan persembahan di sebuah negeri.

 

Sebaik saja selesai persembahan, saya menerima hadiah berupa kacip sirih lama yang telah berkarat dan dibalut kain kuning. Terkejut saya ketika itu. Jujurnya, naik bulu roma saya cerita kembali pengalaman ini.

Advertisement

Jelasnya lagi, sebarang hadiah yang diterima Siti Nordiana akan dibuka oleh pengurus atau pembantu peribadi terlebih dahulu.

Cerita Nana, dia juga pernah menerima sekeping surat bertulis perkataan siam namun ia telah dibuka oleh pemandu peribadinya.

“Surat itu diberikan kepada pemandu saya. Apabila dia buka, terpampang tulisan Siam pada kertas berkenaan. Seminggu juga pemandu saya itu demam.” katanya lagi.

Pelakon drama Dia Semanis Honey ini memaklumkan bahawa dia sering mengamalkan surat Al-Mathurat Sughra seperti yang disarankan ustaz sebagai pelindung diri daripada hal-hal yang tidak diingini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dapat Hadiah Kacip Berkarat Berbalut Kain Kuning, Siti Nordiana Kongsi Pengalaman Misteri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.