Ads Top

Main Ad

“Dia Boleh Mengilai Je” – Zalif Sidek Kongsi Momen Pelakon Wanita ‘Diganggu’ Di Set Penggambaran

Pelakon, Zalif Sidek berkongsi detik menyeramkan ketika dia bersama rakan-rakan artis yang lain sedang menjalani sesi penggambaran untuk salah satu episod bagi drama terbaru yang disiarkan berjudul Malaysian Ghost Story.

Advertisement

Menurut Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar, ketika sesi penggambaran sedang dijalankan, beberapa pelakon wanita difahamkan telah ‘diganggu’ sehingga menyebabkan penggambaran tersebut terpaksa dihentikan buat seketika.

Difahamkan, ketika itu mereka sedang melakukan episod yang mengetengahkan mengenai lagenda Ulek Mayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Advertisement

Menerusi video berdurasi hampir 50 saat yang dikongsikan olehnya di Instagram itu, ia telah memaparkan pelakon Neera Aziz sedang cuba ditenangkan oleh kru-kru produksi selepas didapati tidak menyedarkan diri.

Selain Neera, pelakon-pelakon lain turut melalui perkara yang sama seperti Ara Johari dan Didi Astillah.

Neera Aziz! Neera Aziz! Dia boleh gelak mengilai je.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Bagaimanapun, pelakon lelaki tersebut mendedahkan perkara tersebut akhirnya berjaya dikawal dengan bantuan individu yang lebih arif mengenai hal-hal mistik ini.

Tambahnya lagi, berkemungkinan besar perkara tersebut berlaku disebabkan lokasi resort tempat penggambaran itu kerana telah ditinggalkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekadar info, drama seram Malaysian Ghost Story telah mula disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam di saluran Astro Ria ataupun boleh ditonton di mana-mana sahaja platform Astro Go.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Dia Boleh Mengilai Je” – Zalif Sidek Kongsi Momen Pelakon Wanita ‘Diganggu’ Di Set Penggambaran first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.