Ads Top

Main Ad

“Dia Dah Kenal Diri Sendiri” Diserang Penyakit Misteri, Suami Minta Doakan Nadia Syahera Sembuh

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh suami pelakon, Nadya Syahera iaitu Mohd Hafizul Md Nawi, beliau memohon orang ramai mendoakan agar isterinya segera sembuh.

Advertisement

Seperti mana yang telah dimaklumkan menerusi perkongsiaan terdahulu, Nadya atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli telah diserang penyakit misteri sejak tiga minggu yang lalu.

Minggu ni paling teruk.. diserang penyakit misteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FN®? (@fizulnawi_)

Dalam pada itu, dia turut memberitahu isterinya telah disahkan oleh pihak hospital tidak menghidapi sebarang penyakit namun berada dalam keadaan lemah dan dimasukkan air.

IG Suami Nadya Syahera

Sementara itu, di dalam hantaran terbaru yang dibuat oleh Fizul di Instagramnya, dia memaklumkan isterinya sudah semakin pulih.

Alhamdulillah dia dah kenal diri dia sebenar.

Sekadar info, Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015, ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizul setelah gagal mempertahankan rumah tangganya sebelum ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Dia Dah Kenal Diri Sendiri” Diserang Penyakit Misteri, Suami Minta Doakan Nadia Syahera Sembuh first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.