Ads Top

Main Ad

Difitnah ‘Berselera’ Dengan Kaum Sejenis, Ini Jawapan Balas Iqbal Zulkefli

Belum reda nampaknya kontroversi membabitkan bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, iaitu Iqbal Zulkefli.

Advertisement

Manakan tidak, baru-baru ini Iqbal mendedahkan bahawa dia telah difitnah mempunyai kecenderungan meminati kaum lelaki berbanding wanita.

Kata Iqbal, dakwaan itu muncul setelah satu akaun di aplikasi Twitter tampil mempersoalkan seksualitinya sebagai lelaki tulen.

IG Story IqbalSumber : Instagram Iqbal Zulkefli  

“Dia bukan gay ke?” tulis pengendali akaun Twitter tersebut yang kemudiannya menjadi tular.

Enggan mengeruhkan keadaan, Iqbal kemudiannya membuat penafian menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, sebentar tadi.

Advertisement

Terdahulu, Iqbal pernah dituduh menjadi ‘anak ikan’ DS Vida apabila hubungan mereka dilihat semakin rapat dan intim.

Malah, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga dikatakan cuba menumpang populariti DS Vida.

Episod kontroversi melibatkan nama Iqbal mula menjadi bahan bualan netizen apabila dia tampil meluahkan hasrat untuk mengahwini usahawan kosmetik itu namun terhalang disebabkan oleh keengganan anak DS Vida iaitu Cik B membenarkan ibunya berkahwin sekali lagi.

Namun, pada hari Sabtu lalu, Iqbal memaklumkan bahawa dia sudah mula berasa putus asa dan tidak akan memaksa Vida untuk mendirikan rumah tangga bersamanya kerana ingin menjaga maruah daripada diperkecilkan oleh netizen.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Difitnah ‘Berselera’ Dengan Kaum Sejenis, Ini Jawapan Balas Iqbal Zulkefli first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.