Ads Top

Main Ad

Ditanya Soal Anak Dengan Neelofa, Ini Jawapan Haris Ismail

Pendakwah selebriti terkenal, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz memberikan jawapan ringkas apabila ditanyakan mengenai soal anak hasil perkahwinannya bersama figura terkenal, Neelofa.

Soalan tersebut diajukan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor dalam satu temu bual yang diadakan secara siaran langsung, Sembang Viral, malam tadi.

View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Program wawancara yang pada mulanya membicarakan soal hijrah dan hijab itu mula mendapat perhatian apabila Rosyam mula bertanyakan adakah mereka berdua kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

“Dah ada bunga-bunga nak ada anak ke?” soal Datuk Rosyam kepada Haris.

Advertisement

Haris kemudiannya memberi respon ringkas di mana dia juga tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan yang turut tular dalam kalangan peminat itu.

Kita mencuba. Bunga-bunga Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik.

Meskipun tiada jawapan tepat mengenai persoalan tersebut, rata-rata penonton siaran langsung tersebut teruja dan ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah buat Haris dan Neelofa.

View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Terdahulu, ruangan media sosial dibanjiri dengan khabar angin yang mengatakan Neelofa sedang hamil apabila ada peminat mendakwa bekas pengacara program meleTOP itu mempunyai ‘baby bump’ dan semakin berseri dari hari ke hari.

Neelofa dan Haris Ismail telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Mac yang lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Ditanya Soal Anak Dengan Neelofa, Ini Jawapan Haris Ismail first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.