Ads Top

Main Ad

Dituduh ‘Buat’ Hidung, Aishah Azman Hanya Mampu Ketawa

Baru-baru ini, pelakon Aishah Azman didakwa sesetengah individu telah ‘membuat’ hidung atau dalam kata lain, membuat pembedahan kosmetik untuk mencantikkan bahagian tubuh badan itu gara-gara hidungnya yang semakin mancung.

Advertisement

Namun begitu, kata Aishah, dia hanya mampu ketawa mendengarkan gosip sedemikian rupat kerana ia tidak benar sama sekali.

Aishah atau nama sebenarnya Nor Aishah Afika Azman Shah,25, turut berkongsikan tangkap layar komen seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan tindakannya yang sering menayang hidung di Instagram.

“Apa yang aku perasa dia asyik tunjuk batang hidung. Tidak tahu kenapa..” tulis individu tersebut.

Pelakon wanita itu yang kemudiannya dihubungi sebuah media memaklumkan bahawa dia tidak terasa hati dengan komen tersebut dan merasakan ia sebagai sesuatu yang kelakar dan hanya hiburan semata-mata.

Tak tahu nak gelak ke sedih. Zaman fitnah, sampai muka saya yang kembang macam ubi kentang pun awak nak cakap saya buat muka.

Dia dalam pada itu turut menyampaikan pesanan kepada pengguna media sosial agar berhati-hati dalam memberikan pendapat kerana ia mungkin mendatangkan fitnah kepada orang lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dituduh ‘Buat’ Hidung, Aishah Azman Hanya Mampu Ketawa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.