Ads Top

Main Ad

Enggan ‘Spill Tea’, Cik B Akui Ada Sebab Tak Bagi DS Vida Kahwin Dengan Iqbal

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia mendakwa mempunyai alasan yang tersendiri mengapa sukar benar untuk membenarkan ibunya bernikah sekali lagi bersama Iqbal.

Advertisement

Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16, jika dia mendedahkan sebab tersebut, ia akan menjatuhkan nama baik beberapa pihak termasuklah ibunya sendiri.

Saya boleh je spill the tea (dedahkan) kenapa saya tak nak mama kahwin. Tapi kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama, so better saya diam. Cukup orang tahu saya tetap dengan pendirian saya, itu saja.

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Cik B ketika sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

IG Story CIk BSumber : Instagram Cik B  

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa perancangan perkahwinan DS Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli mendapat halangan daripada Cik B berikutan perbezaan umur yang ketara antara keduanya.

Cik B dalam pada itu turut sangsi dengan kesungguhan Iqbal untuk memperisterikan ibunya itu serta menganggap lelaki tersebut tidak sesuai untuk menjadi suami DS Vida.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Enggan ‘Spill Tea’, Cik B Akui Ada Sebab Tak Bagi DS Vida Kahwin Dengan Iqbal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.