Ads Top

Main Ad

Farahdhiya Kata Dah Seronok Sangat Kalau Dapat Ke Pasar Tani, Boleh Beli Siput Sedut

Semalam,pelakon dan penyanyi jelita Farahdhiya tampil berseloroh di sebuah video masakan yang di muat naik olehnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Kata Farahdhiya, dia berasa sangat gembira jika dapat menjejakkan kaki ke pasar tani kerana boleh membeli pelbagai barang keperluan dapur untuk memasak.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati ini memaklumkan bahawa jika dapat berkunjung ke pasar tani, boleh la dia membeli barang basah seperti siput sedut dan sayur kampung.

Bila perempuan lain gembira dapat pergi LV, saya seronok dapat pergi pasar tani. Dapatlah beli sayur kampung, siput sedut dan macam-macam lagi.

Jelasnya, jika pergi ke pusat membeli belah terkemuka, pastinya sukar untuk menemui barang-barang masakan seperti yang disebut olehnya itu.

Dalam video tersebut, Farahdhiya kelihatan sedang menyediakan masakan kegemaran arwah bapanya, Mohd. Amin Zubir iaitu asam rebus batang keladi dan siput sedut.

Sering memuat naik video masakan di laman Instagramnya, penyanyi berkulit putih mulus ini sekali lagi meraih pujian dalam kalangan peminat kerana bakatnya di dapur dan handal memasak masakan kampung.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Farahdhiya Kata Dah Seronok Sangat Kalau Dapat Ke Pasar Tani, Boleh Beli Siput Sedut first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.