Ads Top

Main Ad

Fazley Yaakob Cari Jodoh Buat Ibu, Tak Mahu Suami Orang

Demi kebahagiaan ibu tercinta, cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencari bakal suami untuk dinikahkan dengan ibunya. Pencarian itu dibuat Fazley menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Advertisement

Dalam hantaran itu, Fazley turut menyenaraikan ciri-ciri bakal suami yang sesuai buat ibunya. Syarat yang paling penting adalah lelaki tersebut bukanlah suami orang. Lingkungan umur pula adalah di antara 60 hingga 70 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Dia turut mencari bakal bapa tiri yang mempunyai sifat sabar dan penyayang. Menurut cef selebriti ini, adalah lebih baik jika bakal suami ibu suka makan kerana ibunya gemar memasak.

Selain itu, Fazley inginkan seseorang yang jujur dalam mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Apa yang dibuatnya ini adalah demi kebahagiaan ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Fazley yang juga merupakan abang ipar kepada Mawar Rashid percaya, soal jodoh dan pertemuan adalah rahsia Allah SWT. Sebagai seorang hamba, dia hanya berusaha dan berdoa. Jika ada yang sudi menjadi teman hidup dan memenuhi kriteria yang disenaraikan, Fazley minta menghubunginya di Direct Message (DM).

Difahamkan, bapanya iaitu Datuk Yaakob Mohammad meninggal dunia pada 2016 di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat komplikasi paru-paru.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Fazley Yaakob Cari Jodoh Buat Ibu, Tak Mahu Suami Orang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.