Ads Top

Main Ad

Fazura Teruja Dapat Syiling Emas Daripada Permaisuri Selangor

Pelakon popular, Fazura menzahirkan rasa teruja dan gembira di Instagram Storynya apabila menerima hadiah berupa syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pelakon drama Hero Seorang Cinderalla itu, dia menunjukkan hadiah yang diterima olehnya daripada Tengku Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.

IG Story Fazura

Dalam kad yang dikirimkan itu, tertulis ucapan terima kasih dari Permaisuri Selangor buat Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.

Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya.

Advertisement

Kerana mengagumi keperibadian baginda, pelakon tersebut membalas ucapan terima kasih atas pemberiaan beberapa hadiah yang diterima olehnya itu.

Namun, Fazura di dalam perkongsiaan tersebut tidak mendedahkan sebab dan alasan Permaisuri Selangor menghantar hadiah itu kepada dirinya.

Bukan biasa-biasa hadiah yang diterima ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Fazura Teruja Dapat Syiling Emas Daripada Permaisuri Selangor first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.