Ads Top

Main Ad

“FINAS Tolong Tangkap Production Tak Ikut SOP Sebelum Kemudahan Industri Ditarik!” – Jinggo

Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo meluahkan perasaan terhadap segelintir produksi yang mendakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penggambaran yang telah ditetapkan.

Menurutnya, isu yang berlaku ini boleh memberikan kesan buruk kepada syarikat produksi lain dan juga industri kreatif tempatan.

Malah, suami kepada pelakon Sheila Rusly ini menyifatkan perbuatan yang dilakukan itu tidak bertanggungjawab serta menyukarkan negara untuk mencapai kadar imuniti kelompok.

Advertisement

Jangan pasal korang, kita orang lak tak boleh shooting! FINAS tolong tangkap PRODUCTION yang tak ikut SOP sebelum kemudahan industri kita di tarik balik.

Sekadar info, pihak kerajaan telah pun memberi kelonggaran buat SOP Fasa 1 Program Pemulihan Negara (PPN) kepada syarikat produksi untuk menjalankan penggambaran seperti biasa bagi mengukuhkan semula industri kreatif tanah air.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “FINAS Tolong Tangkap Production Tak Ikut SOP Sebelum Kemudahan Industri Ditarik!” – Jinggo first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.