Ads Top

Main Ad

Foto Di IG Semakin ‘Daring’, Peminat Rindu Janna Nick Yang Dahulu

Semakin menjadi tumpuan warga maya sejak kebelakangan ini, Janna Nick sering mencuri perhatian peminat jika dia ada memuat naik foto di laman Instagram miliknya.

Advertisement

Manakan tidaknya, gaya dan penampilan pelakon itu didakwa semakin ‘daring’ dan seksi. Betul ke?

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Tidak dinafikan, Janna dilihat semakin sihat dan cantik meskipun pernah mengalami kemurungan dan bertindak untuk berehat seketika daripada media sosial akibat penyakit mental yang dihidapinya kini.

Sering menjadi tumpuan, foto Janna di Instagram pastinya tidak lepas daripada komen-komen nakal netizen.

Namun, ada juga yang tampil memberi nasihat agar Janna Nick kembali menjadi artis yang ‘baru nak up’ seperti suatu ketika dahulu ketika di awal kemunculannya di dunia seni.

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Janna Nick tak sama macam dulu. Aku lebih suka time Janna baru nak up dulu, pakaian masa tu okay lagi la..sekarang seksi sangat dah.” tulis seorang netizen di bahagian komen foto yang dimuat naik Janna.

Mungkin tidak mahu memanjangkan isu tersebut, Janna Nick dilihat tidak memberi sebarang komen terhadap kritikan peminat tersebut.

Advertisement

Terdahulu, Janna pernah mencuit perasaan peminat apabila dia seperti sengaja menunjukkan lurah payu dara di sekeping foto yang dimuat naiknya, baru-baru ini.

Asalkan bahagia dah la ya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Foto Di IG Semakin ‘Daring’, Peminat Rindu Janna Nick Yang Dahulu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.