Ads Top

Main Ad

Giliran Zizan Razak Pula Tarik Diri Dari Tercalon Dalam ABPBH Ke-34

Selepas Zul Ariffin dan Remy Ishak menarik diri dari ABPBH ke-34, adakah akan ada lebih ramai artis akan mengikut jejak langkah mereka? Nampaknya begitulah, ini kerana pelawak terkenal Zizan Razak turut mengumumkan penarikan dirinya dari tercalon dalam sebarang kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34.

Advertisement

Zizan memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya dan ingin memberi peluang kepada bakat-bakat baru.

Begitupun, seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan #abpbh34. Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding.

zizan razak

Pihak penganjur turut telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada ABPBH yang setiap tahun mencalonkan dirinya.

Advertisement

Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Dan di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis! – Tulisnya lagi.

Zizan sebelum ini telah memenangi beberapa anugerah seperti Artis Komedi Lelaki Paling Popular 2010, Pengacara Lelaki Paling Popular 2011, Artis Komedi Lelaki Paling Popular 2013 dan banyak lagi.

This image has an empty alt attribute; its file name is image-20-891x600.png

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Giliran Zizan Razak Pula Tarik Diri Dari Tercalon Dalam ABPBH Ke-34 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.