Ads Top

Main Ad

Guna Foto Untuk Iklan Palsu Di FB, Amar Baharin Pesan Jangan Mudah Terpedaya

Pelakon Amar Baharin tampil memberi kenyataan bahawa dia tidak terlibat dalam mana-mana iklan di Facebook yang menggunakan akaun Dayang Company.

Ujar Amar, akaun tersebut telah menggunakan fotonya tanpa kebenaran untuk tujuan promosi dan publisiti serta berharap pengguna media sosial tidak mudah terpedaya dengan iklan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Jelas pelakon drama Hati Yang Dikhianati ini lagi, dia mengetahui mengenai perkara tersebut setelah mendapat makluman daripada rakan-rakan terdekat.

Saya dapat makluman daripada rakan di Facebook dan Instagram mengenai kewujudan hantaran itu. Sebelum terlambat, saya perlu buat pendedahan ia adalah palsu. Saya perlu maklumkan yang saya tidak terbabit secara langsung atau tidak langsung. Juga tiada kebenaran diberikan kepada pihak berkenaan untuk menggunakan gambar saya.

Suami kepada pelakon Amyra Rosli ini juga berharap agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan seperti itu kerana sudah banyak terjadi kepada rakan-rakan artis yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Terdahulu, Amar ada memuat naik mengenai iklan palsu yang menggunakan wajahnya sebagai bahan promosi untuk sebuah aplikasi patuh syariah di Facebook.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Guna Foto Untuk Iklan Palsu Di FB, Amar Baharin Pesan Jangan Mudah Terpedaya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.